
Assalamualaikum wbt.
Blog kembara si merpati telah bertukar haluan Dengan penghasilan entry lebih matang dan santai, insan yang hina ini sedar bahawa ia sukar untuk menjadi yang terbaik, tetapi setidak-tidaknya mencuba untuk menjadi lebih baik
dan menghasilkan sesuatu untuk kepuasan diri, tarbiyah kendiri dan untuk santapan jiwa-jiwa ketandusan dalam pentarbiyahan hatinya. Selemah-lemah perjuangan saya dalam arena berperang mata pena, semuga penghijrahan saya ini membawa sinar baru yang lebih menyinari kehidupan saya insyaAllah, Hanya ini yang mampu saya tawarkan untuk kalian.
Selamat Berkunjung, Salam Ramadhan Kareem, blog ini akan diakhiri beberapa bulan sahaja lagi, jumpa di medan dakwah blogspot (Mata Rantai Perjuangan Islam)
Ya Allah, ampuni segala dosa hambaMu yang hina dina ini, ampuni segala dosa kedua orang tuaku, adik beradikku, kaum kerabatku, guru2, sahabat2ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dunia ini, berilah kami peluang untuk bertaubat dan menjadi hamba yang taat kepadaMu, kami sedar ya Allah, kami sering melakukan kesilapan, tapi apalah daya kami hamba yang tak sempurna, hanya mengharap belas dariMu, Kasihanilah kami, jangan Kau berpaling dari kami, jika Kau berpaling dari kami, maka untuk apa lagi kami dihidupkan Ya Rabbi, jauhi kami dari sifat riak, kesombongan, takbur apatah lagi berbangga-bangga diri sedangkan diri kami ini sangat lemah, hina dan tidak sempurna. Ya Ghaffar, ampunilah kami dan Terimalah Taubat Kami.
Kekalkanlah ikatan persaudaraan antara kami, jauhi kami dari permusuhan, permusuhan kami adalah hanya dengan musuhMu ya Allahu Rabbi
Wallahu'alam,
~MASA UNTUK MEROBAH~
http://ummuqaseh.blogspot.com
wasalam wbt